Friday, March 27, 2009

roti anpanman


buat khas utk 2 org budak kecik ni, dari myresepi oleh yani


bahan2
290gm tepung roti
200ml susu segar+telur L sebiji
15g gula
1 st garam
15gm mentega
1 st yis
**********
inti kacang merah secukupnya
sirap ros skit utk mulut

cara2
1) kpd sesiapa yg ada breadmaker, masukkan semua bahan ke dalam breadmaker. dimulakan dgn bahan cecair dahulu dan tepung, garam, gula dan yis.
2) yg tidak ada breadmaker, tepung, gula, garam di gaul guna whisker, rendam yis dalam susu, bila yis dah berbuih, masukkan susu beryis tadi ke dalam tepung, masukka telur, uli sampai licin.
3) rehatkan doh selama 30minit.
4) selepas 30minit, bentukkan doh kepada 10bulat besar utk kepala, 10 bulat kecil utk hidung, 20bulat lagi kecil utk pipi.
5) masukkan inti kacang merah ke dalam 10 bulat besar, tutup kemas dan leperkan sedikit, letakkan hidung dan pipi. ambil sedikit inti kacang merah gentel2 menjadi mata. lukiskan mulutnya menggunakan sirap ros, guna lidi agak senang. celup lidi pada pewarna merah dan lukislah mulut. senyum ker marah ker bad mood ker:D
6) peram lagi selama 40minit atau sehingga doh naik sekali ganda. sebelum dibakar, sapulah dgn telur kuning.
7) bakar pada suhu 170c selama 15minit.(kes oven saya, mungkin oven kita berbeza)

Photobucket

*peringatan, masa melekatkan hidung dan pipi, pastikan betul2 melekat, kalo tak.. nnt hidung dan pipi jatuh bergolek masa peram:D

No comments:

Post a Comment