Saturday, March 21, 2009

kek chiffon pandan


1st time buat kek chiffon aritu.. tp perisa keladi... tak jadi:D ada kesilapan teknik akibat perangai malasku:p lepastu try kek chiffon pandan lak.. alhamdulillah .. gebu jugak akhirnya. ambik resepi dari blog cik mat gebu.


bahan2 A
6 biji putih telur
135 gm gula
1/2 sudu teh cream of tartar


bahan2 B
6 biji kuning telur
150gm gula halus
100ml pati santan (boleh ganti air sejuk, atau susu segar)
70ml air
100ml minyak jagung (veg oil)
1 1/2 st baking powder * ayak sekali dgn tepung
225 tepung gandum
secubit garam
1st esen pandan
sedikit pewarna hijau

cara membuatnya:
1)bahan A, pukul telur putih dgn cream of tartar sehingga berbuih, lepastu masukkan sedikit demi sedikit gula.
2) bahan B, dalam bekas lain pukul telur kuning dan gula, lepas tu masukkan air, santan, tepung yang dah di ayak dgn baking powder, garam esen pandan, dan pewarna hijau. hingga sebati.
3) selepas itu boleh la di satukan Bahan A dan Bahan B kedalam 1 bekas. gaul sebati guna senduk kayu. tuangkan ke dalam acuan kek chiffon (saiz besar)
4) bakar pada suhu 170c selama 30 minit (atau hingga masak mengikut oven masing2)
5) setelah masak.. keluarkan dari oven dan terbalikkan acuan chiffon. biar dalam keaadan terbalik hingga kek sejuk. sisip dgn pisau tepi2 kek perlahan2 hingga kek boleh di keluarkan dgn cantik.. boleh hidang;)

No comments:

Post a Comment