Monday, March 9, 2009

matcha mousse cake

selepas anak2 che' dok main coklat green tea, terfikir jugak, ish budak2 ni dok main pulak coklat tu, baik buat mousse,


kisahnyer masa promosi valentine hari tu, keluarlah coklat pelik2 di pasaran sekitar saijo ni(sekitar jepun jugak kot). so saya pun apa lg... ikut sama naik dgn dorang, macam2 coklat beli, termasuklah coklat perisa green tea/matcha ni. tp masa tu tak plan lg nk buat apa. so simpan saja dlm stok. kebetulan stok kek adalah dlm almari yg boleh di bukak oleh anak2 ku.. waduh... abis jadi mainan diorang. mintak bukak itu mintak bukak ini, last2 tak makan pon... coklat mactha ni mungkin tak berapa sedap bagi tekak diorang, so sebelum coklat tu spoil.. baik jadi kek. kebetulan ada stok telur putih 3 biji dalam peti. saya rendam telur tu dalam air suam supaya dia capai suhu bilik sebelum di guna nanti.


kebetulan che' mmg suka sungguh apa2 saja benda yg ada green tea ni. guna resepi mat gebu jugak, tp di olah jadi mactha cake and matcha mousse.

Photobucket

bahan2 utk kek
45gm marjerin
65gm gula
1 biji telur gred A
1 st esen vanila
1/2 sudu teh green tea powder*
1/2 sudu teh baking powder*
50gm tepung gandum(*diayak bersama)

cara2 buat kek
1. pukul marjerin dan gula hingga kembang, masukkan telur dan esen vanila, putar lagi.
2. masukkan bahan ayak dan gaul hingga sebati
3. griskan loyang, letakkan adunan dan
>bakar menggunakan oven pada suhu 170c selama 12 minit atau hingga masak mengikut oven masing2.
4. sambil tu... boleh la buat mousse nya

bahan2 mouse
140g coklat masakan perisa green tea
1 1/2 camca besar gelatin halal
100ml air
2 putih telur (saya guna 3 biji telur putih utk yg ini, sebab dah tercampur 3 biji telur dlm 1 bekas) tp hasil masih ok
200 gram whipping cream
40gm gula kastor

cara2 membuat mousse
1) masukkan gelatin ke dalam air, biarkan.
2) cairkan coklat masakan dengan menggunakan kaedah double boil. iaitu dengan meletak coklat di dalam periuk kecil yang berada di dalam periuk besar berisi air.
3) bila coklat dah cair sepenuhnya, masukkan campuran gelatin dan air tadi, kacau sebati.
4) di dalam bekas lain, putar putih telur hingga berbuih dan ringan, masukkan gula. putar lagi.
5) di dalam bekas lain, putar whipping cream hingga agak pekat( tidak lah perlu putar macam nk sapu kt kek tu, ala kadar saja, hingga nampak agak pekat sudah memadai)
6) satukan semua bahan2 tadi dalam 1 bekas. gaul sebati. saya prefer guna hand mixer utk menggaul. cepat skit;)


setelah mousse siap, dan kek selesai, tuang mousse ke atas kek yang dah siap bakar tadi. biarkan seketika hingga mousse capai suhu bilik, dan masukkan ke dalam peti untuk 2 jam dan lebih. atau hingga keras. saya prefer waktu yg lebih panjang supaya mousse betul2 keras. bila dah keras, boleh la hias mengikut kesukaan.

Photobucket

loyang = bulat bersaiz 18cm (loyang yang boleh tanggal tepi lagi elok)
saiz hidangan = dessert utk 6 org

jangan lupa letakkan kertas minyak di bawahnya, supaya senang nk alih kek. untuk memotong, gunalah pisau yang telah direndam air panas supaya hasilnya licin.

Photobucket

No comments:

Post a Comment