Friday, March 27, 2009

roti anpanman


buat khas utk 2 org budak kecik ni, dari myresepi oleh yani


bahan2
290gm tepung roti
200ml susu segar+telur L sebiji
15g gula
1 st garam
15gm mentega
1 st yis
**********
inti kacang merah secukupnya
sirap ros skit utk mulut

cara2
1) kpd sesiapa yg ada breadmaker, masukkan semua bahan ke dalam breadmaker. dimulakan dgn bahan cecair dahulu dan tepung, garam, gula dan yis.
2) yg tidak ada breadmaker, tepung, gula, garam di gaul guna whisker, rendam yis dalam susu, bila yis dah berbuih, masukkan susu beryis tadi ke dalam tepung, masukka telur, uli sampai licin.
3) rehatkan doh selama 30minit.
4) selepas 30minit, bentukkan doh kepada 10bulat besar utk kepala, 10 bulat kecil utk hidung, 20bulat lagi kecil utk pipi.
5) masukkan inti kacang merah ke dalam 10 bulat besar, tutup kemas dan leperkan sedikit, letakkan hidung dan pipi. ambil sedikit inti kacang merah gentel2 menjadi mata. lukiskan mulutnya menggunakan sirap ros, guna lidi agak senang. celup lidi pada pewarna merah dan lukislah mulut. senyum ker marah ker bad mood ker:D
6) peram lagi selama 40minit atau sehingga doh naik sekali ganda. sebelum dibakar, sapulah dgn telur kuning.
7) bakar pada suhu 170c selama 15minit.(kes oven saya, mungkin oven kita berbeza)

Photobucket

*peringatan, masa melekatkan hidung dan pipi, pastikan betul2 melekat, kalo tak.. nnt hidung dan pipi jatuh bergolek masa peram:D

kiwi mousse cake


resepi sama macam mousse strawberi kek, tp kali ni guna kiwi fruit, puree boleh buat dari 3 biji kiwi besaq

Saturday, March 21, 2009

strawberi mousse cake



bahan2 kek

2 biji telur
60gm gula
50gm all purpose flour
32gm minyak jagung (minyak sayuran pun ok)
1st esen vanila

bahan2 mousse
200gm puri strawberi (dari 350gm strawberi segar)
200ml whip cream
2 biji putih telur
1 1/2 sudu besar gelatin halal
1 cawan air
50gm gula castor

bahan2 jeli
45gm kristal jeli nona perisa strawberi
200ml air panas

cara2 membuatnya
1) utk membuat kek, pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila, pukul lagi. masukkan tepung dan minyak, gaul sebati. tuangkan dlm baking tin bulat bersaiz 18cm. bakar menggunakan oven selama 30minit pada suhu 175 atau hingga masak mengikut kesesuaian oven masing2.

2) setelah kek masak, untuk membuat mousse, campurkan gelatin dan air dan tinggalkan seketika. sambil itu, pukul telur putih hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi hingga jadi meringue. selepas itu masukkan puri strawberi, campuran gelatin td dan whip cream. kacau sebati menggunakan senduk kayu. tuangkan mousse ini ke atas kek tadi.

3) setelah itu, biarkan hingga mousse keras. apabila mousse dah keras, untuk membuat jeli,
tuangkan air panas ke atas kristal jeli nona dan gaul hingga semuanya larut. tunggu hingga agak2 suam, susun strawberi di atas mousse dan tuangkan perlahan2 kristal jeli tadi. sejukkan dalam peti sejuk hingga sedia utk dihidang.


*untuk membuat puri strawberi tadi, dari 350gm strawberi segar, di blend, di masak di atas api bersama 2 sudu gula, hingga agak likat
Photobucket

kek chiffon pandan


1st time buat kek chiffon aritu.. tp perisa keladi... tak jadi:D ada kesilapan teknik akibat perangai malasku:p lepastu try kek chiffon pandan lak.. alhamdulillah .. gebu jugak akhirnya. ambik resepi dari blog cik mat gebu.


bahan2 A
6 biji putih telur
135 gm gula
1/2 sudu teh cream of tartar


bahan2 B
6 biji kuning telur
150gm gula halus
100ml pati santan (boleh ganti air sejuk, atau susu segar)
70ml air
100ml minyak jagung (veg oil)
1 1/2 st baking powder * ayak sekali dgn tepung
225 tepung gandum
secubit garam
1st esen pandan
sedikit pewarna hijau

cara membuatnya:
1)bahan A, pukul telur putih dgn cream of tartar sehingga berbuih, lepastu masukkan sedikit demi sedikit gula.
2) bahan B, dalam bekas lain pukul telur kuning dan gula, lepas tu masukkan air, santan, tepung yang dah di ayak dgn baking powder, garam esen pandan, dan pewarna hijau. hingga sebati.
3) selepas itu boleh la di satukan Bahan A dan Bahan B kedalam 1 bekas. gaul sebati guna senduk kayu. tuangkan ke dalam acuan kek chiffon (saiz besar)
4) bakar pada suhu 170c selama 30 minit (atau hingga masak mengikut oven masing2)
5) setelah masak.. keluarkan dari oven dan terbalikkan acuan chiffon. biar dalam keaadan terbalik hingga kek sejuk. sisip dgn pisau tepi2 kek perlahan2 hingga kek boleh di keluarkan dgn cantik.. boleh hidang;)

Saturday, March 14, 2009

agar2 horlicks


agar2 sempoi... utk main2 huruf dgn anak2.
lgpun agar2 horlicks ni kegemaran anak2ku.


bahan2 utk agar2 horlicks
10gm serbuk agar2
400ml air (kalau nk agar2 lembut skit jadikan 500ml)
400ml susu segar
100gm gula
50gm horlicks(kalau nk perisa milo.... horlicks boleh tukar dgn milo

cara2
1) masak agar2 dgn air hingga mendidih
2) masukkan susu, gula dan horlicks, kacau2 sebati dgn whisker.
3) tunggu hingga mendidih, tutup api dh tuangkan dalam loyang. sejukkan sehingga keras dan sedia utk di makan.


Photobucket
Photobucket
Photobucket
utk membuat jadi cam dlm gambar atas tu...
tekniknya..

1) buat dulu agar2 plain, dgn memasak 10gm serbuk agar2 bersama 800ml air dan 100gm gula. masak hingga mendidih. tutup api
2) bahagikan agar2 kepada beberapa bahagian kaler yg dikehendaki. dan warnakan. (peringatn... jgn terlalu terang...warna yg byk akan membahayakan kesihatan).3) tunggu keras, lagi nipis ketebalan lagi cepat keras, dh betul2 keras potong2 kecil bentuk cube.
4) buat agar2 horlick.. atau apa2 agar2 yg warna putih... agar2 susu cair ker
5) setelah tuang agar2 horlicks ke dalam loyangnya.. biarkan dlm 30minit... agak2 dh suam agar2 horlicks tu... boleh la campak2 agar2 kaler2 tadi.
6) keraskan hingga sedia utk di makan

yg huruf nama baty tu... guna cutter alphabet, org2 saijo... cutter tu ada jual kt 100yen saijo plaza, kt direct pun ada jual.

dah potong nama dia... susun2 kt dlm mould agar2,huruf2 tu susun terbalik eh.. guna cermin kalo tak konfiden.. tgk nama bazli kt atas tu dh salah, hehe... masih tak cekap lg baca terbalik.

dah susun... tuang agar2 horlicks suam tu perlahan2 (guna senduk kalo takut huruf kucar kacir) dan keraskan.

Monday, March 9, 2009

matcha mousse cake

selepas anak2 che' dok main coklat green tea, terfikir jugak, ish budak2 ni dok main pulak coklat tu, baik buat mousse,


kisahnyer masa promosi valentine hari tu, keluarlah coklat pelik2 di pasaran sekitar saijo ni(sekitar jepun jugak kot). so saya pun apa lg... ikut sama naik dgn dorang, macam2 coklat beli, termasuklah coklat perisa green tea/matcha ni. tp masa tu tak plan lg nk buat apa. so simpan saja dlm stok. kebetulan stok kek adalah dlm almari yg boleh di bukak oleh anak2 ku.. waduh... abis jadi mainan diorang. mintak bukak itu mintak bukak ini, last2 tak makan pon... coklat mactha ni mungkin tak berapa sedap bagi tekak diorang, so sebelum coklat tu spoil.. baik jadi kek. kebetulan ada stok telur putih 3 biji dalam peti. saya rendam telur tu dalam air suam supaya dia capai suhu bilik sebelum di guna nanti.


kebetulan che' mmg suka sungguh apa2 saja benda yg ada green tea ni. guna resepi mat gebu jugak, tp di olah jadi mactha cake and matcha mousse.

Photobucket

bahan2 utk kek
45gm marjerin
65gm gula
1 biji telur gred A
1 st esen vanila
1/2 sudu teh green tea powder*
1/2 sudu teh baking powder*
50gm tepung gandum(*diayak bersama)

cara2 buat kek
1. pukul marjerin dan gula hingga kembang, masukkan telur dan esen vanila, putar lagi.
2. masukkan bahan ayak dan gaul hingga sebati
3. griskan loyang, letakkan adunan dan
>bakar menggunakan oven pada suhu 170c selama 12 minit atau hingga masak mengikut oven masing2.
4. sambil tu... boleh la buat mousse nya

bahan2 mouse
140g coklat masakan perisa green tea
1 1/2 camca besar gelatin halal
100ml air
2 putih telur (saya guna 3 biji telur putih utk yg ini, sebab dah tercampur 3 biji telur dlm 1 bekas) tp hasil masih ok
200 gram whipping cream
40gm gula kastor

cara2 membuat mousse
1) masukkan gelatin ke dalam air, biarkan.
2) cairkan coklat masakan dengan menggunakan kaedah double boil. iaitu dengan meletak coklat di dalam periuk kecil yang berada di dalam periuk besar berisi air.
3) bila coklat dah cair sepenuhnya, masukkan campuran gelatin dan air tadi, kacau sebati.
4) di dalam bekas lain, putar putih telur hingga berbuih dan ringan, masukkan gula. putar lagi.
5) di dalam bekas lain, putar whipping cream hingga agak pekat( tidak lah perlu putar macam nk sapu kt kek tu, ala kadar saja, hingga nampak agak pekat sudah memadai)
6) satukan semua bahan2 tadi dalam 1 bekas. gaul sebati. saya prefer guna hand mixer utk menggaul. cepat skit;)


setelah mousse siap, dan kek selesai, tuang mousse ke atas kek yang dah siap bakar tadi. biarkan seketika hingga mousse capai suhu bilik, dan masukkan ke dalam peti untuk 2 jam dan lebih. atau hingga keras. saya prefer waktu yg lebih panjang supaya mousse betul2 keras. bila dah keras, boleh la hias mengikut kesukaan.

Photobucket

loyang = bulat bersaiz 18cm (loyang yang boleh tanggal tepi lagi elok)
saiz hidangan = dessert utk 6 org

jangan lupa letakkan kertas minyak di bawahnya, supaya senang nk alih kek. untuk memotong, gunalah pisau yang telah direndam air panas supaya hasilnya licin.

Photobucket

mousse and coklat cake




resepi dari page mat gebu,
bahan2 utk kek
45gm marjerin
65gm gula
1 biji telur gred A
1 st esen vanila
1 sudu besar serbuk koko*
1/2 sudu teh baking powder*
50gm tepung gandum(*diayak bersama)
cara2 buat kek
1. pukul marjerin dan gula hingga kembang, masukkan telur dan esen vanila, putar lagi.
2. masukkan bahan ayak dan gaul hingga sebati
3. griskan loyang, letakkan adunan dan
>bakar menggunakan oven pada suhu 170c selama 12 minit atau hingga masak mengikut oven masing2.
4. sambil tu... boleh la buat mousse nya
bahan2 mouse
140g coklat masakan
1 1/2 camca besar gelatin halal
100ml air
2 putih telur
200 gram whipping cream
40gm gula kastor
cara2 membuat mousse
1) masukkan gelatin ke dalam air, biarkan.
2) cairkan coklat masakan dengan menggunakan kaedah double boil. iaitu dengan meletak coklat di dalam periuk kecil yang berada di dalam periuk besar berisi air.
3) bila coklat dah cair sepenuhnya, masukkan campuran gelatin dan air tadi, kacau sebati.
4) di dalam bekas lain, putar putih telur hingga berbuih dan ringan, masukkan gula. putar lagi.
5) di dalam bekas lain, putar whipping cream hingga agak pekat( tidak lah perlu putar macam nk sapu kt kek tu, ala kadar saja, hingga nampak agak pekat sudah memadai)
6) satukan semua bahan2 tadi dalam 1 bekas. gaul sebati. saya prefer guna hand mixer utk menggaul. cepat skit;)
setelah mousse siap, dan kek selesai, tuang mousse ke atas kek yang dah siap bakar tadi. biarkan seketika hingga mousse capai suhu bilik, dan masukkan ke dalam peti untuk 2 jam dan lebih. atau hingga keras. saya prefer waktu yg lebih panjang supaya mousse betul2 keras. bila dah keras, sebelum hidang, taburlah serbuk coklat di atasnya, sebab saya kesuntukan masa.. gambar tu adalah kek yang tidak ditaburkan serbuk coklat di atasnya.
loyang = bulat bersaiz 18cm (loyang yang boleh tanggal tepi lagi elok)
saiz hidangan = dessert utk 6 org
jangan lupa letakkan kertas minyak di bawahnya, supaya senang nk alih kek. insyaAllah sample loyang nnt saya letak kt next entry. untuk memotong, gunalah pisau yang telah direndam air panas supaya hasilnya licin.







Friday, March 6, 2009

hari bersama pizza hut

hari ni saya menyediakan hidangan ala-ala pizza hut utk family, terkenang betul pizza hut malaysia yg dulunya hampir tiap2 bulan mesti pegi utk 1 kali.


tp sebab dh kt sini kan... asyik2 makan pizza sieziriya.. sampai sekarang ni kalo pegi sieziriya pun dah tanak order pizza.. boring. baik buat sendiri... boleh pelbagaikan toppingnya.

biasanya kami beli siap pizza crust.. tp sebab bahan2 semua dh ada kan.. expecially minyak zaiton. so i use to make my own pizza crust


Photobucket



pizza crust dough(tapak pizza)

bahan2
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung roti
1/2 cawan lagi tepung gandum prepare utk uli (in case lembut)
1 1/2 sudu yis segera
1/2 cawan minyak zaiton (minyak masak pun ok kot)
200ml air sejuk
1 sudu kecil garam



cara2
1) satukan air sejuk dan yis, biarkan sampai dia berbuih
2) sambil tu satukan tepung gandum tepung roti dan garam... kacau2 guna whisker(pemukul telur) lepas itu masukkan minyak zaitu.. kacau2 lagi..
3) masukkan air yg ada yis tadi ke dalam tepung, dan mula menguli. uli hingga lembut dan tidak melekat di tangan.. jika melekat tambah lah tepung yg extra tadi sedikit demi sedikit hingga tidak melekat. bila doh dah licin dan nampak cantik...boleh la tinggalkan doh seketika utk 30 minit. seeloknya tutup dgn kain basah.
4) utk kes kami di sini.. sekarang masih sejuk... saya letak doh dlm oven dan set suhu 40digree.
5) selepas 30minit. canai doh di atas papan pencanai... tabur sedikit tepung supaya tidak melekat. buat bentuk pie (bulat) dan letak di dalam tin pembakar pizza. sebelum letak.. tabur skit tepung di atas tin supaya tidak melekat.
6) jika nk buat crust yg ada cheese d dlmnya... lebihkan sedikit doh dari tin, letak cheese di tepi2 dah lipat tepi2 ke dalam(balut cheese tadi).
7) jika nk buat simpanan atau stok (utk sejuk beku.. atau freeze biasa) bakar pizza 170degree selama 10 minit. dan dah sejuk bolehla wrapping dah simpan di peti sejuk sehingga tiba waktu nk guna.
8) utk nk makan terus... lepas dah canai dan letak atas tin pembakar pizza.. cucuk2 dengan garfu supaya dia tidak menggelembung masa bakar nanti. lepastu boleh la letak topping di atasnya. dah bakar pada suhu 180 sehingga 15 minit atau sehingga masak.



topping pizza
terdapat byk kombinasi yg best utk pizza.. tp saya pernah terbaca 1 artikel.. topping pizza seeloknya tidak terlalu byk bahannya, biasanya guna 3 hingga 4 bahan sahaja utk 1 1 jenis pizza termasuk cheese dan sos


contoh 3 hingga 4 bahan tu.. 1) sos tomato 2) mozzarela cheese 3) frankfurters a.k.a sosej 4) slice mushroom



hari ni kombinasi yg saya pilih =
combination topping 1
sos tomato (saya beli siap pizza sos)
mozzarella cheese sagat secukupnya
frankfurters a.k.a sosej
slice mushroom secukupnya
oregano


combination topping 2
sos tomato
mozzarella cheese
ikan bakar di carik carik (kalau ada ikan goreng semalam yg tak abis tu ok gak)
fillet kelam di potong2 atau di carik carik
2 batang daun ketumbar dihiris kecil2
oregano
(ops dh lebih 4...hehe)


selepas doh crust pizza atau pizza base dah siap... 1st step.. sapukan sos di permukaannya, susun bahan pizza .. cendawan dan sosej. jarak2, jgn bersentuh diantara 1 sama lain. lepas tu taburkan oregano dan taburkan cheese. sedia utk di bakar.


rasanya sesiapa yg guna convection oven... mesti dah ada function bakar pizza.. guna yg itu lg senang kot.



Photobucket

mushroom chicken soup

bahan2
500ml susu segar
3 sudu besar penuh tepung gandum
750ml air
1 kiub pati ayam
300grm cendawan butang slice
300gm ayam potong kiub(boneless)
lada sulah
garam
parsley chop kering(optional)

cara2
1) masak ayam potong kiub bersama air dan kiub pati ayam sehingga ayamnya masak.
2) dalam periuk lain, masak pula susu segar dan tepung gandum. pastikan periuk cukup tebal supaya susu tidak cepat hangit. kacau sentiasa dan gunakan api medium heat. agak2 dah pekat.. taburkan lada sulah, garam secukup rasa. hati2.. jgn sampai susu hangit. kalo dah hangit, buang saja... protein hangit sangat merbahaya dimakan.
3) then satukan kedua2 bahan tadi dlm 1 periuk... sup ayam ke dalam campuran susu dan tepung tadi. masak semula... kacau2 dgn whisker(pemukul telur) dan taburkan pasrley chop kering. test rasa... tambah mana yg perlu expecially garam.
4) tutup api dah sedia utk dihidangkan.


but for this recipe.. my husband told me that it could be better if i'm not put in the chicken.. ganggu katanya... biar cendawan saja sudah memadai.. so it's up to you..




biskut coklat chip rangup

semalam buat cookies. dh guna buku sesamee street utk ajar budak2 ni... cookie monster tu sgt suka cookies. so sbg ABM.. buatkan la cookies utk dorang;)
resepi hanieliza, tp ubah skit sebab coklat cip putih takde dlm stok.
bahanA
250gm mentega
160gm gula
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila

bahanB
50gm badam cincang roasted
100gm coklat chip
50gm coklat chip putih(saya ganti dengan manik2 50gm)
50gm nestum
20gm serbuk koko
230 tepung gandum

cara2nya
1) gaulkan marjerin dan gula hingga sebati semuanya. selepas itu masukkan kuning telur dan esen vanilla.. kacau lagi
2) masukkan semua bahan B. kacau semua skali dengan senduk kayu sehingga sebati.
3) bentuk2 kan guna jari atau sudu dan letak di atas tin pembakar yg sudah di oles marjering atau di letakkan kertas minyak.
4) bakar pada suhu 170 selama 25minit. atau tambah lagi 5 minit jika suka garing.


Tuesday, March 3, 2009

lemon meringue pie




bahan2

pie
1 cawan tepung gandum + sedikit tepung lagi utk menguli hingga jadi doh
1/2 cawan shortening atau marjerin
1/4 cawan air sejuk

filling
1 3/4 cawan air
1 3/4 cawan gula
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu makan kulit lemon parut (biasanya dari 2 biji lemon)
1/2 cawan perahan jus lemon (biasanya dari 2 biji lemon)
1/4 cawan butter
4 biji kuning telur

meringue
4 biji putih telur
1/2 sudu teh cream of tartar
1/2 cup of sugar


cara-cara membuatnya

1) untuk membuat pai.. campurkan kesemua bahan dan uli hingga menjadi doh. canai di atas papan pencanai hingga tebal lebih kurang 4mm. perlahan lahan letak di atas bekas pai. tekan2 dengan garfu bagi memecahkan gelembung udara. bakar pada suhu 210 selama 13minit.
2) sementara itu, utk membuat filling nya... campurkan air, tepung jagung dan gula, masak di atas api perlahan sambil kacau, apabila nampak agak likat, masukkan jus lemon, parutan kulit lemon, telur kuning dan butter. kacau secepat mungkin . dah sebati.. boleh la tutup api.
3) biarkan sejuk seketika.. utk membuat meringue.. campurkan semua bahan meringue.. putar menggunakan mixer sehingga putih dan ringan.. ada tanduk jika di angkat pemutar tu.
4) then... apabila pie dah siap.. keluarkan dari oven.. letakkan filling, dan tutup dengan meringue..
5) bakar semula pada suhu 210 selama 5 minit.
6) sedia utk dihidangkan.


Photobucket


Photobucket