Saturday, March 21, 2009

strawberi mousse cake



bahan2 kek

2 biji telur
60gm gula
50gm all purpose flour
32gm minyak jagung (minyak sayuran pun ok)
1st esen vanila

bahan2 mousse
200gm puri strawberi (dari 350gm strawberi segar)
200ml whip cream
2 biji putih telur
1 1/2 sudu besar gelatin halal
1 cawan air
50gm gula castor

bahan2 jeli
45gm kristal jeli nona perisa strawberi
200ml air panas

cara2 membuatnya
1) utk membuat kek, pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila, pukul lagi. masukkan tepung dan minyak, gaul sebati. tuangkan dlm baking tin bulat bersaiz 18cm. bakar menggunakan oven selama 30minit pada suhu 175 atau hingga masak mengikut kesesuaian oven masing2.

2) setelah kek masak, untuk membuat mousse, campurkan gelatin dan air dan tinggalkan seketika. sambil itu, pukul telur putih hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi hingga jadi meringue. selepas itu masukkan puri strawberi, campuran gelatin td dan whip cream. kacau sebati menggunakan senduk kayu. tuangkan mousse ini ke atas kek tadi.

3) setelah itu, biarkan hingga mousse keras. apabila mousse dah keras, untuk membuat jeli,
tuangkan air panas ke atas kristal jeli nona dan gaul hingga semuanya larut. tunggu hingga agak2 suam, susun strawberi di atas mousse dan tuangkan perlahan2 kristal jeli tadi. sejukkan dalam peti sejuk hingga sedia utk dihidang.


*untuk membuat puri strawberi tadi, dari 350gm strawberi segar, di blend, di masak di atas api bersama 2 sudu gula, hingga agak likat
Photobucket

No comments:

Post a Comment