Friday, March 6, 2009

hari bersama pizza hut

hari ni saya menyediakan hidangan ala-ala pizza hut utk family, terkenang betul pizza hut malaysia yg dulunya hampir tiap2 bulan mesti pegi utk 1 kali.


tp sebab dh kt sini kan... asyik2 makan pizza sieziriya.. sampai sekarang ni kalo pegi sieziriya pun dah tanak order pizza.. boring. baik buat sendiri... boleh pelbagaikan toppingnya.

biasanya kami beli siap pizza crust.. tp sebab bahan2 semua dh ada kan.. expecially minyak zaiton. so i use to make my own pizza crust


Photobucket



pizza crust dough(tapak pizza)

bahan2
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung roti
1/2 cawan lagi tepung gandum prepare utk uli (in case lembut)
1 1/2 sudu yis segera
1/2 cawan minyak zaiton (minyak masak pun ok kot)
200ml air sejuk
1 sudu kecil garam



cara2
1) satukan air sejuk dan yis, biarkan sampai dia berbuih
2) sambil tu satukan tepung gandum tepung roti dan garam... kacau2 guna whisker(pemukul telur) lepas itu masukkan minyak zaitu.. kacau2 lagi..
3) masukkan air yg ada yis tadi ke dalam tepung, dan mula menguli. uli hingga lembut dan tidak melekat di tangan.. jika melekat tambah lah tepung yg extra tadi sedikit demi sedikit hingga tidak melekat. bila doh dah licin dan nampak cantik...boleh la tinggalkan doh seketika utk 30 minit. seeloknya tutup dgn kain basah.
4) utk kes kami di sini.. sekarang masih sejuk... saya letak doh dlm oven dan set suhu 40digree.
5) selepas 30minit. canai doh di atas papan pencanai... tabur sedikit tepung supaya tidak melekat. buat bentuk pie (bulat) dan letak di dalam tin pembakar pizza. sebelum letak.. tabur skit tepung di atas tin supaya tidak melekat.
6) jika nk buat crust yg ada cheese d dlmnya... lebihkan sedikit doh dari tin, letak cheese di tepi2 dah lipat tepi2 ke dalam(balut cheese tadi).
7) jika nk buat simpanan atau stok (utk sejuk beku.. atau freeze biasa) bakar pizza 170degree selama 10 minit. dan dah sejuk bolehla wrapping dah simpan di peti sejuk sehingga tiba waktu nk guna.
8) utk nk makan terus... lepas dah canai dan letak atas tin pembakar pizza.. cucuk2 dengan garfu supaya dia tidak menggelembung masa bakar nanti. lepastu boleh la letak topping di atasnya. dah bakar pada suhu 180 sehingga 15 minit atau sehingga masak.



topping pizza
terdapat byk kombinasi yg best utk pizza.. tp saya pernah terbaca 1 artikel.. topping pizza seeloknya tidak terlalu byk bahannya, biasanya guna 3 hingga 4 bahan sahaja utk 1 1 jenis pizza termasuk cheese dan sos


contoh 3 hingga 4 bahan tu.. 1) sos tomato 2) mozzarela cheese 3) frankfurters a.k.a sosej 4) slice mushroom



hari ni kombinasi yg saya pilih =
combination topping 1
sos tomato (saya beli siap pizza sos)
mozzarella cheese sagat secukupnya
frankfurters a.k.a sosej
slice mushroom secukupnya
oregano


combination topping 2
sos tomato
mozzarella cheese
ikan bakar di carik carik (kalau ada ikan goreng semalam yg tak abis tu ok gak)
fillet kelam di potong2 atau di carik carik
2 batang daun ketumbar dihiris kecil2
oregano
(ops dh lebih 4...hehe)


selepas doh crust pizza atau pizza base dah siap... 1st step.. sapukan sos di permukaannya, susun bahan pizza .. cendawan dan sosej. jarak2, jgn bersentuh diantara 1 sama lain. lepas tu taburkan oregano dan taburkan cheese. sedia utk di bakar.


rasanya sesiapa yg guna convection oven... mesti dah ada function bakar pizza.. guna yg itu lg senang kot.



Photobucket

2 comments:

  1. 導入、インドラメイン私パレンバン、インドネシア国から来た。
    あなたと私は非常に満足している。
    あなたのブログとても良いです。
    私たちは友達になることを期待

    ReplyDelete