Monday, March 9, 2009

mousse and coklat cake




resepi dari page mat gebu,
bahan2 utk kek
45gm marjerin
65gm gula
1 biji telur gred A
1 st esen vanila
1 sudu besar serbuk koko*
1/2 sudu teh baking powder*
50gm tepung gandum(*diayak bersama)
cara2 buat kek
1. pukul marjerin dan gula hingga kembang, masukkan telur dan esen vanila, putar lagi.
2. masukkan bahan ayak dan gaul hingga sebati
3. griskan loyang, letakkan adunan dan
>bakar menggunakan oven pada suhu 170c selama 12 minit atau hingga masak mengikut oven masing2.
4. sambil tu... boleh la buat mousse nya
bahan2 mouse
140g coklat masakan
1 1/2 camca besar gelatin halal
100ml air
2 putih telur
200 gram whipping cream
40gm gula kastor
cara2 membuat mousse
1) masukkan gelatin ke dalam air, biarkan.
2) cairkan coklat masakan dengan menggunakan kaedah double boil. iaitu dengan meletak coklat di dalam periuk kecil yang berada di dalam periuk besar berisi air.
3) bila coklat dah cair sepenuhnya, masukkan campuran gelatin dan air tadi, kacau sebati.
4) di dalam bekas lain, putar putih telur hingga berbuih dan ringan, masukkan gula. putar lagi.
5) di dalam bekas lain, putar whipping cream hingga agak pekat( tidak lah perlu putar macam nk sapu kt kek tu, ala kadar saja, hingga nampak agak pekat sudah memadai)
6) satukan semua bahan2 tadi dalam 1 bekas. gaul sebati. saya prefer guna hand mixer utk menggaul. cepat skit;)
setelah mousse siap, dan kek selesai, tuang mousse ke atas kek yang dah siap bakar tadi. biarkan seketika hingga mousse capai suhu bilik, dan masukkan ke dalam peti untuk 2 jam dan lebih. atau hingga keras. saya prefer waktu yg lebih panjang supaya mousse betul2 keras. bila dah keras, sebelum hidang, taburlah serbuk coklat di atasnya, sebab saya kesuntukan masa.. gambar tu adalah kek yang tidak ditaburkan serbuk coklat di atasnya.
loyang = bulat bersaiz 18cm (loyang yang boleh tanggal tepi lagi elok)
saiz hidangan = dessert utk 6 org
jangan lupa letakkan kertas minyak di bawahnya, supaya senang nk alih kek. insyaAllah sample loyang nnt saya letak kt next entry. untuk memotong, gunalah pisau yang telah direndam air panas supaya hasilnya licin.







No comments:

Post a Comment