Saturday, February 7, 2009

roti manis dan egg salad





menu sampingan utk party hari ni.. roti n egg salad, sebab masa p rumah azadeh haritu.. dia hidang roti sbg menu sampingan... so kena buat mcm tu jugak utk jamu dia;)
bahan2 roti
120ml susu segar
60gm marjerin
1 biji telor berat 50gm (biasanya saiz M)
300gm tepung roti
3 sudu besar gula
1 sudu teh garam
3 sudu teh instant yis
kalau guna telor saiz L, pastikan tambah skit tepung sebanyak 3gm atau sejemput dgn jari
cara2
1.masukkan semua bahan ke dalam bread maker mengikut urutan susunan bahan di atas.. pilih fungsi utk buat doh.. tekan button on.. tggu hingga doh siap..
2. rehatkan (biarkan) doh selama 20 minit.
3. selepas itu.. tumbuk2 keluarkan anginnya.. bahagikan doh kepada 12 bahagian .. atau ikut kesukaan.. buat bentuk bulat yg licin..
4. rehatkan lagi selama 40minit (30minit pun ok).
5. bakar menggunakan oven pada suhu 160 selama 20 minit.. atau kalau suka agak garing.. 25minit.
dah siap roti.. sejukkan.. sementara itu boleh lah buat inti..
bahan2 egg salad yg simple..
2 biji telor rebus
2 biji kentang (saiz kecil) di potong kecil2 dan rebus dgn sedikit garam
2 sudu makan sweet corn (kalau takde.. boleh guna mix vege)
sedikit mayonis
(ada org tambah lada sulah skit ) optional
cara2
asingkan telor kuning.. letak dlm bowl siap2.. telor putih di cincang2.. tidak terlalu halus.. masukkan kentang dan sweet corn, gaul dengan mayonis.. boleh tambah garam sikit kalau suka..
seterusnya...
potong roti tadi, buat lubang di bahagian atasnya.. menggunakan pisau roti lg elok.. mcm gergaji gitu;) buat bentuk bulat di tengah2 roti.. masukkan inti egg salad ke dalam roti.. lg elok kalo ada daun salad di letak di tepi lubang tu dulu..












No comments:

Post a Comment