Saturday, February 14, 2009

prune cupcake




hari ni ada jamuan utk majlis perpisahan 2009... khas utk sahabat2 dan adik2 yg akan balik ke malaysia sepanjang tahun ni. menarik jugak majlis tu.. tak sangka adik2 tu bekerja keras menyiapkan majlis tu sehingga nampak begitu sempurna, dengan persembahan ruang makannya, powerpoint presentation, mengelola majlis siap dengan cabutan bertuah lagi.. wahhhh.. hebat adik2 ni. dah la ada diantara diorang ni yg tak abis exam lg. wbgmanapun... congratulation and thanks atas penat lelah.

sempena majlis tu.. tolong skit dorang buat beberapa menu .. antaranya prune cupcake ni.. saya mmg suka prune.. cupcake pun te pk gk nk letak prune:) resepinya sempoi jer... banyak my cupcake akan guna resepi ni.. cuma buahnyer aje yg di tukar2.. so kali ni letak prune

bahan2
175gm marjerin
150gm gula
3 biji telur saiz L
175 tepung gandum
1/2 st baking powder
1 sudu besar serbuk coklat
1 cawan prune lembut yg dh di hiris2

cara2
1) putar marjerin dan gula hingga kembang
2) masuk telur satu persatu
3) dlm bekas lain yg kering dan bersih... ayakkan bersama baking powder, tepung gandum dan serbuk coklat
4) satukan tepung dan adunan marjerin tadi.. gaul sebati.. dan masukkan ke dalam bekas cupcake.
5) bakar dalam oven pada suhu 170c selama 25minit

No comments:

Post a Comment