Saturday, February 14, 2009

nasi bukhari

ops.. gambar takde lah.. sebab asyik tak sempat nk snap jer

sebelum ni my mom asyik kirimkan perencah nasi pelik2 ni.. tup tup bebaruni perencah abis, dh takde idea nk masak nasi apa.. balik2 beriani.. so cuba plak masak nasi bukhari ni..

resepi ni ambik dari majalah rasa ... 2008.. eh... tp tak ingat la bulan berapa punya.. dan saya dh ubah skit sebab banyak bahan takde dlm stok. btw... resepinyer senang aje.. utk 1 periuk nasi dgn 7 pot beras basmathi

angkat periuk nasi yg tin tu keluar dan buat keje kt atas dapur gas.. . letak atas api yg sederhana... takut hitam pulak periuk nasi comel kita tu

bahan2
1/2 labu bawang besar dicincang halus2 (sebab kt sini takde bawang kecik)
7 biji cengkih
4 batang kayu manis
7 biji buah pelaga

so bahan2 ni semua nya di goreng dengan minyak sapi sebanyak 200gm (atau minyak masak biasa) selepas dah nampak garing.. masukkan pula

1 tin susu cair (kalo kt saijo ni yg tin kecik jenama milkmaid tu)
4 sudu besar sos tiram
3 batang serai yg dah di lebam2kan(dititik)
2 helai daun pandan di simpul kemas
150gm tomato puree atau dice tomato... (resepi sebenar tak letak..)
3 st serbuk kunyit
garam secukup rasa (saya letak dlm 1 sudu teh penuh membukit)

selepas itu... masukkan lah 7 pot beras basmathi yang dah dicuci dan di tos.. 1 pot=150grm (gunakan pot asal periuk nasi supaya lebih mudah)

selebihnya masukkan air rebusan daging atau air rebusan ayam... utk mencukupkan jumlah aras air pada periuk nasi... tp sebab guna beras basmathi kan... saya cadangkan... 7pot beras tadi.. biarlah airnya smpi aras hampir 8(diantara 7 dan 8). supaya nasi tidak terlalu keras.. kerai..

air rebusan ni boleh recycle dari apa2 masakan yg dh di masak utk di makan dgn nasi ni... contoh daging masak hitam.. sebab daging tu kena rebus dulu kan.. so saya rebusnya dan curi sikit daging utk dimasukkan dalam nasi bukhari ni. kalau takde boleh guna pati ayam atau pati daging 1 cube.

lepas tu angkat periuk nasi dari atas api dan masukkan ke dalam bekas periuk nasi semula... setkan menu masak nasi.. dan tinggalkan. peringatan.. pada sapa2 kt nihon ni, jangan sekali kali guna menu yg masak 1/2 jam tu.. sebab che dah pernah buat.. tak masak beb.. ada yg mantah. basmathi kan.. tp mengikut arahan pada pek beras basmathi tu.. dia suruh soak dulu for about 20minutes.. che tak buat la pulak camtu.

sesekali jengukkan,... bila nampak air dah kering.. masukkan segenggam kismis dan sedikit badam. gaul rata dgn senduk kayu... dan tggu hingga masak

dah masak bolehlah di hidang dgn hirisan daun bawang dan taburkan dengan bawang goreng.

nasi bukhari ni boleh di makan dengan daging masak hitam, dalca, sup tulang, ayam masak merah, ayam goreng madu berempah, dll

No comments:

Post a Comment