Wednesday, February 25, 2009
kek batik
Tuesday, February 17, 2009
Monday, February 16, 2009
daging masak hitam
bahan2
1kg daging(rebus dulu dgn skit garam dan kayu manis bunga cengkih)
setengah labu bawang besar dicincang
10 ulas bawang putih di kisar(sapa2 yg pakai bawang baticrom tu.. 2 sudu ok)
15 tangkai cili kering di kisar(atau sapa2 yg dh wat stok siap2.. amik 2 sudu besar)
3gm ketumbar (kalo malas nk timbang..ambik pakai sudu kecik.. dlm 1 sudu)
3gm jintan manis
3gm jintan putih
10biji buah keras(saya tak letak, sebab tak ada dlm stok)
125ml kicap pekat
125 gm gula merah
3 sudu makan kerisik
3biji buah pelaga
3kuntum bunga cengkih
2batang kulit kayu manis
250ml santan
garam secukup rasa
500ml air rebusan daging
minyak utk menumis..
cara memasak:
1)tumis bahan2 rempah dan bahan kisar sehingga berbau harum
2) kemudian masukkan air rebusan dan daging
3) masukkan gula merah, kerisik kicap pekat dan santan.
4)perasakan dengan garam dan maska sehingga kuah pekat
5) sedia utk dihidangkan
Saturday, February 14, 2009
strawberi muffin
nasi bukhari
sebelum ni my mom asyik kirimkan perencah nasi pelik2 ni.. tup tup bebaruni perencah abis, dh takde idea nk masak nasi apa.. balik2 beriani.. so cuba plak masak nasi bukhari ni..
resepi ni ambik dari majalah rasa ... 2008.. eh... tp tak ingat la bulan berapa punya.. dan saya dh ubah skit sebab banyak bahan takde dlm stok. btw... resepinyer senang aje.. utk 1 periuk nasi dgn 7 pot beras basmathi
angkat periuk nasi yg tin tu keluar dan buat keje kt atas dapur gas.. . letak atas api yg sederhana... takut hitam pulak periuk nasi comel kita tu
bahan2
1/2 labu bawang besar dicincang halus2 (sebab kt sini takde bawang kecik)
7 biji cengkih
4 batang kayu manis
7 biji buah pelaga
so bahan2 ni semua nya di goreng dengan minyak sapi sebanyak 200gm (atau minyak masak biasa) selepas dah nampak garing.. masukkan pula
1 tin susu cair (kalo kt saijo ni yg tin kecik jenama milkmaid tu)
4 sudu besar sos tiram
3 batang serai yg dah di lebam2kan(dititik)
2 helai daun pandan di simpul kemas
150gm tomato puree atau dice tomato... (resepi sebenar tak letak..)
3 st serbuk kunyit
garam secukup rasa (saya letak dlm 1 sudu teh penuh membukit)
selepas itu... masukkan lah 7 pot beras basmathi yang dah dicuci dan di tos.. 1 pot=150grm (gunakan pot asal periuk nasi supaya lebih mudah)
selebihnya masukkan air rebusan daging atau air rebusan ayam... utk mencukupkan jumlah aras air pada periuk nasi... tp sebab guna beras basmathi kan... saya cadangkan... 7pot beras tadi.. biarlah airnya smpi aras hampir 8(diantara 7 dan 8). supaya nasi tidak terlalu keras.. kerai..
air rebusan ni boleh recycle dari apa2 masakan yg dh di masak utk di makan dgn nasi ni... contoh daging masak hitam.. sebab daging tu kena rebus dulu kan.. so saya rebusnya dan curi sikit daging utk dimasukkan dalam nasi bukhari ni. kalau takde boleh guna pati ayam atau pati daging 1 cube.
lepas tu angkat periuk nasi dari atas api dan masukkan ke dalam bekas periuk nasi semula... setkan menu masak nasi.. dan tinggalkan. peringatan.. pada sapa2 kt nihon ni, jangan sekali kali guna menu yg masak 1/2 jam tu.. sebab che dah pernah buat.. tak masak beb.. ada yg mantah. basmathi kan.. tp mengikut arahan pada pek beras basmathi tu.. dia suruh soak dulu for about 20minutes.. che tak buat la pulak camtu.
sesekali jengukkan,... bila nampak air dah kering.. masukkan segenggam kismis dan sedikit badam. gaul rata dgn senduk kayu... dan tggu hingga masak
dah masak bolehlah di hidang dgn hirisan daun bawang dan taburkan dengan bawang goreng.
nasi bukhari ni boleh di makan dengan daging masak hitam, dalca, sup tulang, ayam masak merah, ayam goreng madu berempah, dll
prune cupcake
Saturday, February 7, 2009
penaik doh di jepun ni
roti manis dan egg salad
ayam goreng madu berempah
Thursday, February 5, 2009
kek batu saudah

5 biji telur
150gm gula kastor
225 mentega
200gm mentega
200gm susu pekat (saya guna 150 jer)
125gm tepung gandum
3 sudu makan kaya
1 sudu makan nescafe
1 st esen vanila
1 st perwarna merah
cara2
1) pukul telur+mentega+gula+susu pekat sampai kembang
2) masukkan tepung gandum, kaya dan esen. gaul sebati.
3) bahagi kpd 2 adunan.. 1 letak campuran nescfe dan koko, 1 lg letak pewarna merah.
4) sediakan kukusan dan kukus warna merah selama 10 minit
5) kemudian coklat. kukus selama 40 minit atau sehingga masak
kek ni agak manis bagi saya..coz guna susu pekat kan.. tp sedap jugak sebab ada rasa coklat n nes.
Tuesday, February 3, 2009
home made burger saijo
Bahan-bahan ( 6 biji )
250g tepung roti
15g butter
20g gula
4g garam
1 biji telur
170ml susu( jumlah sukatan susu campur dgn 1 biji telur)
1 sudu kecil(3g) dry yeast
------------------------------------
bijan secukupnya
Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan kecuali bijan ke dalam breadmaker. Pilih untuk buat doh. On kan.
Bila dah siap, keluarkan dr breadmaker. Tumbuk-tumbuk utk keluarkan angin. Bahagikan kepada 6. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Ambik sebiji roti. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Buat semula bentuk bulat. Ulang sampai habis. Biarkan roti naik 2 kali ganda.
Sapu/semburkan permukaan roti dengan air. Kemudian taburkan bijan. Bakar dengan suhu 180C selama 12-13 minit
menjadi jugak bun ni... tq tauke myresepi:)
burger dia campuran daging mince, serbuk lada hitam, bawang besar cincang, sedikit tepung gandum, telor putih. campur sekali dan bentuk2kan bulat leper... bakar dlm oven guna fungsi toaster, atau goreng atas kuali.
kek colat gajus
laicikang saijo
naget saijo
bahan dia main campak2 jer... so tak dpt nk bg resepi sebenar.. by the way..
bahan2nyer : ayam mince (dlm 300gm), sedikit tepung gandum, telor sebiji, lada sulah atau apa2 lada2 serbuk tu, garam, basil atau parsley sikit(dlm 1 st), bread crumbs (serbuk roti),
cara2nyer : gaul ayam atau daging mince dengan garam, lada sulah/lada hitam, basil/parsley. sapukan tepung kt tangan skit supaya tak melekat(atau guna sarung tangan). ambik sedikit daging td, buat bentuk bulat, lepastu golek2kan dlm tepung gandum, lepastu golekkan dlm telur, lepastu golekkan dlm serbuk roti... buat bentuk mengikut kesukaan... bentuk onigiri paling senang:) dah tu goreng...
sedia utk di makan dgn mee goreng.. nasi goreng.. ratah pun sodap
Seri Ayu
bahan2 ....
250gm tepung gandum
300gm gula
250ml santan
5 biji telur
2 st ovallete
1 st serbuk penaik
2 sudu teh esen pandan
sedikit pewarna hijau
inti kelapa:
200gm kelapa parut
4 sudu makan tepung ubi
secubit garam
step... pukul telur+ovallete smpi kembang, masukkan santan, tapung gandum, serbuk penaik, esen dan pewarna, kacau sebati. sediakan pengukus, sambil2 tu sapu skit acuan tu dgn minyak,amik beberapa sudu inti kelapa, masukkan dlm acuan, tekan2 padat, masukkan bancuhan tadi smpi penuh. kukus selama 5 minit. siap:)
kuih ni my fevret.. smpi mintak umi kirimkan ovallete n acuannya, mana tahan 1 tahun tak makan kuih ni..hehe
Monday, February 2, 2009
Agar-agar marble custard
cara2
1.campur mentega yg dah di pukul dgn telur, susu cair dan tepung kastad. kacau sebati. tinggalkan.
2. masak agar2 dgn air sehingga hancur
3) masukkan gula n campuran mentega td, biar mendidih dgn api slow... hati2.. jgn hangit
4) bahagi kepada beberapa bahagian.. (ikut suka) saya buat 4 bahagian.. kaler biru, coklat (guna pes coklat n serbuk koko), kaler hijau, kaler merah (guna sirap ros cap shahira)
5) simpan di tempat sejuk
dulu masa ngajar kt sabah.. pernah pegi rumah kakak ni.. sama2 cikgu jgk.. dia jamu agar2 ni.. masa tu heran sgt.. sedapnyer.. pandainyer kakak ni buat.. rupanya simple jer.. asalkn ada bahan ..:)