Friday, April 24, 2009

kepak ayam madu bijan

Photobucket

idea dari majalah saji (januari 2009)

bahan2
500gm kepak ayam
150gm bijan sangai
100gm madu
100gm halia di tumbuk (me guna ginger paste)
20gm kicap pekat
30gm serbuk lada putih
30gm stok ayam (saya guna separuh kiub pati ayam)
minyak utk menggoreng

cara menyediakan
1) perap kepak ayam bersama halia kicap pekat, serbuk lada putih, serbuk stok ayam dan madu, selama 1 jam
2) panaskan minyak dan goreng sehingga nampak kekuningan (coklat sebenarnyer ek... sebab dia dh ada madu, nampak macam hangit, tp tak hangit)
3) angkat dan toskan.
4) gaulkan dengan sedikit madu dan taburkan bijan.

Saturday, April 18, 2009

sabzi polo malaysia


ada kawan iran saya berikan dill , so... try la search beberapa masakan parsi yg ada guna dill.. kebetulan rabu lepas dia ada dtg rumah saya..sambil borak2 tentang makanan parsi.. sambil dia cakap camner nk buat nasi ni.. sabzi polo.. polo tu nasi. tp sabzi polo ni sudah ku malaysiakan...haahahaha


bahan2: utk 4 org mkn
500gm beras basmathi (beras jasmin pon ok)
herba (1 sudu makan dill, 1 st ketumbar, 1/2 st halba, 1 st parsley chop kering)
1 sudu makan margerine
1 st garam (atau ikut tekak masing)
1 st serbuk lada hitam

bahan2 ini bukan dari resepi sebenar (ngehehehehehe)
keropok ganu yang dh goreng beberapa keping
brokoli rebus dlm 200 gram

cara2 memasaknya
1) masak nasi seperti biasa, agak2 air dah kering... masukkan marjerin, dan semua bahan2 yg lain kecuali keropok goreng, gaul sebati. dan sambung masak semula sehingga selesai. bila dh masak pecah2kan keropok ganu dan gaul sebati dgn nasi. nasi ni sesuai dihidang dgn ikan bakar. atau apa2 masakan ikan.

Marble cheese brownies

khamis lepas try buat resepi ni. dari blog rinnchan jugak.

Bahan-bahan Brownies :
250g butter 1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati. 4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies. 6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B


Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati. *Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

muffin pandan


dapat dari blog kak rinnchan.
Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor 200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung 2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.
Nota : *Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan
bersama 200ml santan di atas dan tapis ya .
Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.

ikan terubuk masin goreng bawang


dapat ikan ni dari sorang kakak kt sini.. dia dari sarawak. baru sampai 3 mggu lepas ke saijo nih. hehe.. tak sangka plak dpt ikan terubuk di ulu ceruk hiroshima nih.


kalo tengok resepi kt internet ni mcm2 ada utk ikan terubuk masin ni. semua lebih kurang sama. tp saya prefer buat style mertua saya nih..

bahan2
ikan terubuk (guna sebelah jer, sbb hanya kami berdua + dua org budak kecik)
1 labu bawang besar di hiris(kalo suka bawang byk.. tambah la lagi)
3 tangkai cili kering dingunting kecil2 dan buang biji
beberapa hirisan limau.


cara memasak
1) goreng ikan terubuk masin, agak2 ikan dh masak 2/3 tu... masukkanlah bawang goreng dan cili kering. goreng hingga bawangnya berbau wangi.. (sangat garing). angkat dan hidangkan dgn limau.


makan dgn nasi putih. pulut pon ok kot ek? nnt kita tanya tuan punya ikan terubuk;)



puding coklat bersos




hmm.. dulu slalu beli puding ni kt param utm, tmn u, tmn teratai dll lah area jb skudai tu. zaman tu.. dak2 utm panggil pasar ramadhan ni sbg param(pasar ramadhan). satu bekas bulat kecik tu (bekas yg dok jual taufufa tu) rm1. kalo tgk mewah dgn buah skit dia letak harga rm1.50. skarang ni tak tau la berapa harga dia ek. tp yg tu puding kastad biasa.. tak letak coklat..

resepi ni oleh : Nor aini adnan
majalah : kompilasi hidangan desert keluaran karangkraf

tapi dh ubah skit sebab sos dia nampak macam sikit.. memandangkan saya n husband dua2 budak utm. hehe.. terkenang plak komplen kami masa dulu2... "awat la sos dia sikit sgt" hehe.. paham2 jelahkan .. org meniaga. so bila buat sendiri ni.. ada la peluang bykkan sos,


bahan2 puding
500 susu segar
125 gula kastor
90 tepung kastad
50gm coklat masakan
1 st esen vanila

bahan2 sos
300gm buah2 campuran (1 tin)
200 ml susu sejat
200ml air
200ml susu segar
+ baki air buah dlm tin
1 sudu makan tepung kastad
5 sudu makan gula

cara membuatnya
1) utk puding... campurkan semua bahan dan didihkan di atas api sederhana (gunalah periuk yg tebal di bawahnya supaya tak cepat hangit). sentiasa kacau sehingga dia nampak likat skit.. meletup letup keluar gelembung udara... hah.. kalo dh mcm tu maknanya dh ok la. letak dlm acuan dan biarkan sejuk dan ia akan beku sendiri.
2) utk sos... didihkan semua bahan kecuali buah campuran (yang dh diasingkan dari airnya). gunakan api sederhana. kemudian angkat dan satukan dengan buah campuran. letakkan puding yg dah sejuk dan bolehla disiram dgn sos. terpulang la nk makan masa sejuk atau masa panas.

Saturday, April 4, 2009

kek span

resepi dari manual oven ku
Photobucket
tambahkan sedikit esen vanila

cara2
1) asingkan putih dan kuning telur, dalam mangkuk yang berasingan, pukul putih telur bersama dengan 2/3 sukatan gula. pukul hingga jadi meringue.. sangat kembang hingga bila terbalikkan bowl pun telur putih takkan jatuh.

2) dalam bekas yang satu lagi, putar kuning telur bersama baki 1/3 lagi gula. hingga nampak berkrim

3) panaskan susu dan cairkan butter di dalamnya..

4) satukan semua bahan dalam satu bowl, telur putih tadi, telur kuning, tepung, susu dan butter yang dah cair. gunakan senduk kayu untuk menggaul hingga sebati.

5) tuangkan ke dalam tin pembakar yang telah di griskan dengan minyak, atau dilapik kertas minyak.

6) bakar.