Wednesday, February 25, 2009

kek batik



resepi ni turun dari kawan masa sekolah menengah dulu, yuni.. aku masih ingat lg resepi hang smpi hari ni;)

bahan2
200gm butter
2 cawan milo
1 cawan nestum
1 tin kecil susu pekat manis(kalo kt sini guna morinaga tu)
1 cawan air suam (kalo guna tin susu tadi pun ok.. cuci bersih2 baki susu tu sgn air suam ni, tak membazir)
3 biji telur saiz L
1 bungkus biskut marrie.. 350gm
cara2
1) satukan milo, nestum dan susu pekat manis, tuangkan air suam kacau rata.. dalam bekas lain pukul sedikit telur. lepas tu satukan telur dgn milo td.
2) masak di atas api yg perlahan, bila dah mula panas, masukkan butter.. eloknyer butter tu di potong saiz kecil skit dulu.. supaya dia cepat cair.
3) bila butter dah cair.. teruskan kacau dan tunggu sehingga adunan tu agak pekat.. sampai dia nampak cam berkilat dan meletup letup gelembung udara.
4) lepas tu masukkan biskut marrie yg dah di bahagi 2. gaul rata
5) masukkan dlm bekas atau loyang, tekan2 dan padatkan dengan tangan yg dah bungkus plastik(supaya tak panas). dan simpan tempat sejuk.. simpan lebih dari 2 jam supaya dapat hasil yg lawa bila di potong


Tuesday, February 17, 2009

popcorn versi aku

Photobucket
Photobucket

p/s : himawari janai, gyomu supa yg sebelah himawari tu, gomen ..








Monday, February 16, 2009

daging masak hitam

resepi dari majalah rasa, ni pun kes yg sama ngan nasi bukhari jugak.. hehe.. sebab dh biasa dikirimkan perencah.. tup2 perencah abis.. huru hara cari buku ler..

bahan2
1kg daging(rebus dulu dgn skit garam dan kayu manis bunga cengkih)
setengah labu bawang besar dicincang
10 ulas bawang putih di kisar(sapa2 yg pakai bawang baticrom tu.. 2 sudu ok)
15 tangkai cili kering di kisar(atau sapa2 yg dh wat stok siap2.. amik 2 sudu besar)
3gm ketumbar (kalo malas nk timbang..ambik pakai sudu kecik.. dlm 1 sudu)
3gm jintan manis
3gm jintan putih
10biji buah keras(saya tak letak, sebab tak ada dlm stok)
125ml kicap pekat
125 gm gula merah
3 sudu makan kerisik
3biji buah pelaga
3kuntum bunga cengkih
2batang kulit kayu manis
250ml santan
garam secukup rasa
500ml air rebusan daging
minyak utk menumis..

cara memasak:
1)tumis bahan2 rempah dan bahan kisar sehingga berbau harum
2) kemudian masukkan air rebusan dan daging
3) masukkan gula merah, kerisik kicap pekat dan santan.
4)perasakan dengan garam dan maska sehingga kuah pekat
5) sedia utk dihidangkan

Saturday, February 14, 2009

strawberi muffin


bahan2
175gm marjerin
150gm gula pasir
3 biji telur
175gm tepung
1/2 st baking powder
1 cawan buah strawberi(yg ranum lg elok) atau 2 sudu besar jem strawberi (kalo guna jem kurangkan gula jadi 140gm)

cara2
1. putar marjerin dan gula sampai kembang
2. masukkan telur satu persatu
3. dalam bekas lain ayak tepung gandum dan baking powder
4. satukan marjerin tadi dengan tepung dan gaul sebati
5. masukkan pula buah strawberi ranum atau jem... gaul guna mixer supaya strawberi sedikit hancur.
6. masukkan adunan ke dalam bekas cupcake dan bakar pada suhu 170 selama 25minit
untuk hiasan tu..nnt saya masukkan resepi buttercream nyer eh..


nasi bukhari

ops.. gambar takde lah.. sebab asyik tak sempat nk snap jer

sebelum ni my mom asyik kirimkan perencah nasi pelik2 ni.. tup tup bebaruni perencah abis, dh takde idea nk masak nasi apa.. balik2 beriani.. so cuba plak masak nasi bukhari ni..

resepi ni ambik dari majalah rasa ... 2008.. eh... tp tak ingat la bulan berapa punya.. dan saya dh ubah skit sebab banyak bahan takde dlm stok. btw... resepinyer senang aje.. utk 1 periuk nasi dgn 7 pot beras basmathi

angkat periuk nasi yg tin tu keluar dan buat keje kt atas dapur gas.. . letak atas api yg sederhana... takut hitam pulak periuk nasi comel kita tu

bahan2
1/2 labu bawang besar dicincang halus2 (sebab kt sini takde bawang kecik)
7 biji cengkih
4 batang kayu manis
7 biji buah pelaga

so bahan2 ni semua nya di goreng dengan minyak sapi sebanyak 200gm (atau minyak masak biasa) selepas dah nampak garing.. masukkan pula

1 tin susu cair (kalo kt saijo ni yg tin kecik jenama milkmaid tu)
4 sudu besar sos tiram
3 batang serai yg dah di lebam2kan(dititik)
2 helai daun pandan di simpul kemas
150gm tomato puree atau dice tomato... (resepi sebenar tak letak..)
3 st serbuk kunyit
garam secukup rasa (saya letak dlm 1 sudu teh penuh membukit)

selepas itu... masukkan lah 7 pot beras basmathi yang dah dicuci dan di tos.. 1 pot=150grm (gunakan pot asal periuk nasi supaya lebih mudah)

selebihnya masukkan air rebusan daging atau air rebusan ayam... utk mencukupkan jumlah aras air pada periuk nasi... tp sebab guna beras basmathi kan... saya cadangkan... 7pot beras tadi.. biarlah airnya smpi aras hampir 8(diantara 7 dan 8). supaya nasi tidak terlalu keras.. kerai..

air rebusan ni boleh recycle dari apa2 masakan yg dh di masak utk di makan dgn nasi ni... contoh daging masak hitam.. sebab daging tu kena rebus dulu kan.. so saya rebusnya dan curi sikit daging utk dimasukkan dalam nasi bukhari ni. kalau takde boleh guna pati ayam atau pati daging 1 cube.

lepas tu angkat periuk nasi dari atas api dan masukkan ke dalam bekas periuk nasi semula... setkan menu masak nasi.. dan tinggalkan. peringatan.. pada sapa2 kt nihon ni, jangan sekali kali guna menu yg masak 1/2 jam tu.. sebab che dah pernah buat.. tak masak beb.. ada yg mantah. basmathi kan.. tp mengikut arahan pada pek beras basmathi tu.. dia suruh soak dulu for about 20minutes.. che tak buat la pulak camtu.

sesekali jengukkan,... bila nampak air dah kering.. masukkan segenggam kismis dan sedikit badam. gaul rata dgn senduk kayu... dan tggu hingga masak

dah masak bolehlah di hidang dgn hirisan daun bawang dan taburkan dengan bawang goreng.

nasi bukhari ni boleh di makan dengan daging masak hitam, dalca, sup tulang, ayam masak merah, ayam goreng madu berempah, dll

prune cupcake




hari ni ada jamuan utk majlis perpisahan 2009... khas utk sahabat2 dan adik2 yg akan balik ke malaysia sepanjang tahun ni. menarik jugak majlis tu.. tak sangka adik2 tu bekerja keras menyiapkan majlis tu sehingga nampak begitu sempurna, dengan persembahan ruang makannya, powerpoint presentation, mengelola majlis siap dengan cabutan bertuah lagi.. wahhhh.. hebat adik2 ni. dah la ada diantara diorang ni yg tak abis exam lg. wbgmanapun... congratulation and thanks atas penat lelah.

sempena majlis tu.. tolong skit dorang buat beberapa menu .. antaranya prune cupcake ni.. saya mmg suka prune.. cupcake pun te pk gk nk letak prune:) resepinya sempoi jer... banyak my cupcake akan guna resepi ni.. cuma buahnyer aje yg di tukar2.. so kali ni letak prune

bahan2
175gm marjerin
150gm gula
3 biji telur saiz L
175 tepung gandum
1/2 st baking powder
1 sudu besar serbuk coklat
1 cawan prune lembut yg dh di hiris2

cara2
1) putar marjerin dan gula hingga kembang
2) masuk telur satu persatu
3) dlm bekas lain yg kering dan bersih... ayakkan bersama baking powder, tepung gandum dan serbuk coklat
4) satukan tepung dan adunan marjerin tadi.. gaul sebati.. dan masukkan ke dalam bekas cupcake.
5) bakar dalam oven pada suhu 170c selama 25minit

Saturday, February 7, 2009

penaik doh di jepun ni


dgn menggunakan function tu... oven akan set kan suhu jadi 40c. so..boleh la kita set brapa minit nk peram

roti manis dan egg salad





menu sampingan utk party hari ni.. roti n egg salad, sebab masa p rumah azadeh haritu.. dia hidang roti sbg menu sampingan... so kena buat mcm tu jugak utk jamu dia;)
bahan2 roti
120ml susu segar
60gm marjerin
1 biji telor berat 50gm (biasanya saiz M)
300gm tepung roti
3 sudu besar gula
1 sudu teh garam
3 sudu teh instant yis
kalau guna telor saiz L, pastikan tambah skit tepung sebanyak 3gm atau sejemput dgn jari
cara2
1.masukkan semua bahan ke dalam bread maker mengikut urutan susunan bahan di atas.. pilih fungsi utk buat doh.. tekan button on.. tggu hingga doh siap..
2. rehatkan (biarkan) doh selama 20 minit.
3. selepas itu.. tumbuk2 keluarkan anginnya.. bahagikan doh kepada 12 bahagian .. atau ikut kesukaan.. buat bentuk bulat yg licin..
4. rehatkan lagi selama 40minit (30minit pun ok).
5. bakar menggunakan oven pada suhu 160 selama 20 minit.. atau kalau suka agak garing.. 25minit.
dah siap roti.. sejukkan.. sementara itu boleh lah buat inti..
bahan2 egg salad yg simple..
2 biji telor rebus
2 biji kentang (saiz kecil) di potong kecil2 dan rebus dgn sedikit garam
2 sudu makan sweet corn (kalau takde.. boleh guna mix vege)
sedikit mayonis
(ada org tambah lada sulah skit ) optional
cara2
asingkan telor kuning.. letak dlm bowl siap2.. telor putih di cincang2.. tidak terlalu halus.. masukkan kentang dan sweet corn, gaul dengan mayonis.. boleh tambah garam sikit kalau suka..
seterusnya...
potong roti tadi, buat lubang di bahagian atasnya.. menggunakan pisau roti lg elok.. mcm gergaji gitu;) buat bentuk bulat di tengah2 roti.. masukkan inti egg salad ke dalam roti.. lg elok kalo ada daun salad di letak di tepi lubang tu dulu..












ayam goreng madu berempah




hari ni ada party skit;) utk kawan yg nk balik ke iran.. sayonara party utk dia... menu utama nasi bukhari dengan kawan2nya.. antara lauk.. masak ayam goreng madu berempah.. from RASA DIS 2008


BAHAN2

1/2 ekor ayam di potong sederhana (saya guna paha ayam 1kg)

garam secukupnya

10gm serbuk kunyit (saya agak2 sendiri jer;)

1 sudu makan rempah kari

3 ulas bawang putih (kisar)

2cm halia (kisar)

15 biji cili kerign (kisar ) atau 2 sudu makan cili serbuk

1 biji bawang besar (hiris bulat)

3 sudu makan madu

50gm gula merah

4 sudu makan sos tomato


CARA MEMASAK

1. perap paha ayam dengan bawang putih, serbuk kari, serbuk kunyit, halia, dan garam selama 30minit.

2. sebelum di goreng.. ketuk2 ayam utk asingkan bahan perapan. goreng jgn terlalu garing.

3. untuk sos, ambil bahan perapan tadi dan tumis dengan cili kering/serbuk sehingga pecah minyak.

4. masukkan sos tomato, madu, gula merah, dan air.. kacau sebati.

5. masukkan ayam dan bawang besar kacau sampai bawang layu.

6. siap:)


Thursday, February 5, 2009

kek batu saudah

bahan2
5 biji telur
150gm gula kastor
225 mentega
200gm mentega
200gm susu pekat (saya guna 150 jer)
125gm tepung gandum
3 sudu makan kaya
1 sudu makan nescafe
1 st esen vanila
1 st perwarna merah

cara2
1) pukul telur+mentega+gula+susu pekat sampai kembang
2) masukkan tepung gandum, kaya dan esen. gaul sebati.
3) bahagi kpd 2 adunan.. 1 letak campuran nescfe dan koko, 1 lg letak pewarna merah.
4) sediakan kukusan dan kukus warna merah selama 10 minit
5) kemudian coklat. kukus selama 40 minit atau sehingga masak

kek ni agak manis bagi saya..coz guna susu pekat kan.. tp sedap jugak sebab ada rasa coklat n nes.

Tuesday, February 3, 2009

home made burger saijo

resepi bun ambik dari yani@myresepi


Bahan-bahan ( 6 biji )
250g tepung roti
15g butter
20g gula
4g garam
1 biji telur
170ml susu( jumlah sukatan susu campur dgn 1 biji telur)
1 sudu kecil(3g) dry yeast
------------------------------------
bijan secukupnya
Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan kecuali bijan ke dalam breadmaker. Pilih untuk buat doh. On kan.
Bila dah siap, keluarkan dr breadmaker. Tumbuk-tumbuk utk keluarkan angin. Bahagikan kepada 6. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Ambik sebiji roti. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Buat semula bentuk bulat. Ulang sampai habis. Biarkan roti naik 2 kali ganda.
Sapu/semburkan permukaan roti dengan air. Kemudian taburkan bijan. Bakar dengan suhu 180C selama 12-13 minit



menjadi jugak bun ni... tq tauke myresepi:)



burger dia campuran daging mince, serbuk lada hitam, bawang besar cincang, sedikit tepung gandum, telor putih. campur sekali dan bentuk2kan bulat leper... bakar dlm oven guna fungsi toaster, atau goreng atas kuali.

kek colat gajus





bahan A
125 gm marjerin
200gm gula castor
3 biji telur
bahan B
50gm serbuk koko
200gm tepung gandum
1 st soda bikarbonat
1 st serbuk penaik
bahan c
100gm gajus (bakar dan kisar) kalo malas bakar.. cari yg dh siap di jual utk org makan begitu saja.
bahan D
200ml susu segar
50ml whip cream
bahan krim coklat
150gm coklat masak
75ml whip cream(takde boleh pakai susu segar.. saya pernah cuba.. jadi gk walaupun tak likat sgt)
buat kaedah double boiler... masak coklat atas periuk kecik yg di letak di atas kuali berisi air (kuali yg dok atas api)...
cara2
1. pukul majerin dan gula kastor sampai putih.. masukkan telor satu persatu
2. ayak bahan B dan satukan dengan bahan C.
3. Masukkan adunan B dan C td berselang seli dgn bahan D sehingga habis. gaul rata
4. Masukkan kek dalam acuan dan bakar pada suhu 160 selama 45 minit atau sehingga masak
5. sejukkan sebentar (tak sejut sgt pun ok) dan hias dgn krim coklat




laicikang saijo

disebabkan budak2 ni suka makan buah dlm tin.. dtg la ilham nk buat laicikang tiruan ni.. hehe.. senang jer.. bancuh gula melaka dgn air panas+gula biasa skit, lepas tu letak buah2 dlm tin... laici, longan, ceri, nata de coco, dan ais... siap.. kalo yg sebenar kena letak fungus/kembang semangkuk.. buah pala kering, kundur, gula batu dsb...







naget saijo



naget ni ilham kak amy..

bahan dia main campak2 jer... so tak dpt nk bg resepi sebenar.. by the way..


bahan2nyer : ayam mince (dlm 300gm), sedikit tepung gandum, telor sebiji, lada sulah atau apa2 lada2 serbuk tu, garam, basil atau parsley sikit(dlm 1 st), bread crumbs (serbuk roti),


cara2nyer : gaul ayam atau daging mince dengan garam, lada sulah/lada hitam, basil/parsley. sapukan tepung kt tangan skit supaya tak melekat(atau guna sarung tangan). ambik sedikit daging td, buat bentuk bulat, lepastu golek2kan dlm tepung gandum, lepastu golekkan dlm telur, lepastu golekkan dlm serbuk roti... buat bentuk mengikut kesukaan... bentuk onigiri paling senang:) dah tu goreng...


sedia utk di makan dgn mee goreng.. nasi goreng.. ratah pun sodap






Seri Ayu


bahan2 ....

250gm tepung gandum

300gm gula

250ml santan

5 biji telur

2 st ovallete

1 st serbuk penaik

2 sudu teh esen pandan

sedikit pewarna hijau

inti kelapa:

200gm kelapa parut

4 sudu makan tepung ubi

secubit garam

step... pukul telur+ovallete smpi kembang, masukkan santan, tapung gandum, serbuk penaik, esen dan pewarna, kacau sebati. sediakan pengukus, sambil2 tu sapu skit acuan tu dgn minyak,amik beberapa sudu inti kelapa, masukkan dlm acuan, tekan2 padat, masukkan bancuhan tadi smpi penuh. kukus selama 5 minit. siap:)

kuih ni my fevret.. smpi mintak umi kirimkan ovallete n acuannya, mana tahan 1 tahun tak makan kuih ni..hehe

Monday, February 2, 2009

Agar-agar marble custard



bahan2
35gm agar2
480 gula pasir (saya guna 450gm)
3/4 buku mentega (pukul smpi kembang)
3 biji telur (resepi asal 5 biji kuning telur)
1 tin susu cair
1.25 liter air
3 sudu makan tepung kastard (dilarutkan dgn air tadi)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk koko
1 sudu teh pes coklat

cara2
1.campur mentega yg dah di pukul dgn telur, susu cair dan tepung kastad. kacau sebati. tinggalkan.
2. masak agar2 dgn air sehingga hancur
3) masukkan gula n campuran mentega td, biar mendidih dgn api slow... hati2.. jgn hangit
4) bahagi kepada beberapa bahagian.. (ikut suka) saya buat 4 bahagian.. kaler biru, coklat (guna pes coklat n serbuk koko), kaler hijau, kaler merah (guna sirap ros cap shahira)
5) simpan di tempat sejuk

dulu masa ngajar kt sabah.. pernah pegi rumah kakak ni.. sama2 cikgu jgk.. dia jamu agar2 ni.. masa tu heran sgt.. sedapnyer.. pandainyer kakak ni buat.. rupanya simple jer.. asalkn ada bahan ..:)